Buat gamba korang jadi collage..
ini korang boleh membuatnya sendiri.Korang hanye perlu upload gambo
korang dan pilik ingin gambar anda bentuk polaroid atau tidak dan
create.Kat atas contoh gambar aku collage dlm bentuk polaroid.
Hockneyizer: Create a simulated collage from a single photograph(Klik Sini)
Web/Tech | Comment (0)Kemalangan Di Bandar Sri Damansara.
jam 4.30 pagi 22/9/07 kemalangan yg berlaku berhampiran jlan tanjung 3
rakan terbabit dlm kemalangan ngeri tetapi semua mangsa ok 1 jee yg kat
dlm wad kesian
yg 2 tuhh cedera ringan jee.driver nie memandu dgn
merbahaya ketika selekoh dlm kelajuan 170kmh lalu terbabas depan skolah
cina.

time
nie mangsa sume dah dikeluarkan bomba,polis n ambulans telah tiba
ditempat kejadian.. keadaan menjadi huru hara skit laaa.bpk kepada
driver merenung kereta kesayangannya .

nie
adalah salah sorang drpd mangsa kemalangan masih senyum kambing clake
aku pown x sempat nk sahur tunggu diorg kt hospital ape2 pown syukur
mereka semua selamat.

ini
laa honda inspire bpk die dah jadi rangka sayang2 kita dinasihati jgn
laa bwk kereta laju2 ingt lahh org tersayang kepada penduduk2 damansara
sila kunjungi tempat kejadian ok -MAJULAH INSPIRE UNTUK NEGARA-
Gambar heliza tak Sempat Kontrol Ayu
Ha, inilah gambonya. Gambar heliza yang cun tu. Hahaha

Cun kan ? gambar ni die tak sempat nak control ayu tu yang nampak macam terkejut je muka hahahah
Selebriti Malaysia | Comment (0)Keluarga Fasha
sama jer..bezanya fasha kurus sikit..tuh yang buat muka lagi
cun..family dia yang badan besor kalau kurus muka lebih kurang
jek…uih…tak baik ada buruk sangka nih…aku ingat contra sangat la
tadi…kalau aku bagi gambor aku ngan adik beradik sahih orang cakap
aku orang lalu lalang…tumpang sekaki interprem dalam gambar…tak
kena langsung..!




Punca Virus
U all tau tak apa punca VIRUS tiba-tiba je ada dalam komputer korang???
Walaupun korang tak masuk REMOVEABLE MEDIA (cam Pendrive dll)
Walaupun korang tak de internet
Walaupun korang beru je FORMAT……
Jawapannya ialah kerana,
Setiap PERISIAN / PROGRAM yang cetak rompak / tiruan mengandungi KeyGen
untuk mengesahkan SERIAL NUMBER / KEY NUMBER korang tu jadi betul dan
seterusnya boleh pakai menda tu secara FULL. KeyGen tu ialah sejenis
WORM (klu tak salah, klu salah tlg betoikan) yang akan menguasai
komputer anda.
—- Klu tak paham lagi contoh kt bwh nie —-
Mule-mule aku gi format PC aku kat kedai Apek tu ngan harga 60hinggit…
Then aku tanyer la, pesal murah sgt apek? - Apek tu cakap, biasa errrr…..
Pastu aku gi PLAZA LOW YATT then aku jumpe CD-ROM ntuk OS yang aku
nak format kat kedai apek tu. Tapi hargernyer RM3xx (tak ingat tapi lam
lingkungan tu lar….). Aku pun beli lar… Walaupun aku da format kat
kedai apek tu….
Bile dah balek, dah amek PC tu kat kedai apek tu….
Aku pun TRY la ntuk sistem yang biasa aku gune (secret)…
Pastu aku bukak la IE ntuk masuk ke sistem tuh…..
BERAPI aku tunggu, lambat giler (cam da heng)……….
Aku tengok kat atas yang kaler biru tu tulis
:: NAMA SISTEM YANG AKU BUKAK ::- Hacked by Godzila
Klu biasanyer dia tuleh:
:: NAMA SISTEM YANG AKU BUKAK ::- Microsoft Internet Explorer
Aku dah expect dari awal apek tu pasang yang tiruan…..
Pastu saje nak uji lagi aku masuk pendrive buwok aku tuh….
Then aku cabut balek then pasang kat PC 98SE aku yang lame ntuk check ada x cacing masuk kat lam pendrive aku…….
Bile aku check kat PC lamer aku yang x reti baca VIRUS MODERN dan
SHOW HIDDEN FILES & SHOW SYSTEM FILE aku jumper fail MSDLL32.dll
ngan autorun.inf….. Aku check la kod yang die pakai dalam MSDLL32.dll
tu dalam satu ROW tu tuleh:
write / IE / hacked by Godzilla
– Ternyata la worm telah disebarkan melalui yang tiruan tuh….
— Aku sambung citer, install yang aku beli kat LOW YATT tu (lar yang ORI lar)……
Tenyata tak de worm tadi…..
—– PIKIR SENDIRI ARRR ——–
about com | Comment (1)Curik dari Jiwang.org
Latiff Ibrahim - Nora[download here]
biru mata hitamku- wings [download here]
lagu juwita suwito- sambutan gemilang [Download Here]
Selagi ada cinta - Ning Baizura [download here]
Dafi AF - Bila Terasa Rindu.. [download here]
Jamal Abdillah - Berkorban Apa Sahaja[download here]
Mawar Putih Untuk Mama - Sharifah Aini Download Here
Pantai Pasir Hitam - Fair[download here]
Tiada lagi Tangisan - Aishah [download here]
Cinta Seorang Teman - BobAF [download here]
Siti nurhalliza - my all [Download Here]
Artis FMC-Keindahan DiAidilfitri [Download Here]
Siti Nordiana & Syura-Hari Ini Hari Raya [download Sini]
scorr-bila hati dah sayang download here
sean ghazi - ku impikan bintang download here
Bila Bulan Bewarna Biru - Arab dan Aidit Download Here
M Daud Kilau-Dihari Kemenangan Ini Download Sini
Sudirman - Radio Malaya[download here]
akar - sejuta ke satu Download Here
Pretty Ugly : Terima Kasih[download here]
Pretty Ugly : Hipokrasimu[download here]
bunga tanjung - datuk sharifah aini Download Here
sengsara by ezlynn Download Here
sean ghazi -dgr ini cerita Download Here
Di Balik Cermin Mimpi - M.Nasir Download Here
Opick-Taqwa Download Here
Akar - Baru Betul Download Here
Letto - Sebelum Cahaya Download Here
bunga citra lestari - ingkar [download here]
ITO - APO NAK DIKATO download here
Ruffedge - Membebel Ft.Amuk(kasi Version Remix Pun Leh)[download here]
Berita Harian
Mayat dalam beg sah Nurin
GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.
Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa
SHAH
ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat
kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama,
Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang
dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.
Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang
semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan
Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang
dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala
Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kimia
memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah
kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang
diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu.
"Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan.
Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita
buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya," katanya
pada sidang media di sini, semalam.
Sehubungan itu, Khalid berkata, ujian susulan akan dijalankan
bagi menentukan kesahihan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu.
| GAMBAR (kiri): Jazimin Abd Jalil dan (kanan): Norazian Bistaman. |
"Kita sudah meminta ibu bapa Nurin serta kakaknya untuk diambil darah
mereka bagi ujian selanjutnya. Ahli keluarga terdekat Nurin, termasuk
datuk dan neneknya akan turut diminta membuat pengecaman.
Kita berharap semua pihak, terutama keluarga Nurin dapat memberi kerjasama penuh dalam usaha menyelesaikan kes ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan,
berkata polis sudah mendapat petunjuk awal bagi menjejaki pembunuh
kanak-kanak itu.
"Kita sedang mengawasi seorang suspek yang dipercayai
terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini," katanya pada sidang media
selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di ibu
negara.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti suspek, berkata polis
masih menjalankan siasatan dan belum dapat memastikan sama ada
pembunuhan kejam itu dilakukan pembunuh bersiri.
"Kita sudah ada petunjuk dan maklumat serta sedang
menjalankan siasatan. Setakat ini kita tahu hanya seorang yang terbabit
dalam pembunuhan kejam kanak-kanak itu. Suspek juga masih berada di
sekitar Lembah Klang," katanya
Musa juga berkata, ujian DNA kali kedua akan dilakukan
terhadap ibu bapa Nurin bagi mendapatkan pengesahan mutakhir identiti
mayat kanak-kanak itu.
"Identiti mayat itu belum dapat disahkan sebagai Nurin kerana
menurut bapanya mangsa tidak mempunyai tanda lahir di paha kiri seperti
pada mayat kanak-kanak itu. Saya sudah arahkan Ketua Polis Selangor
(Khalid) membuat ujian DNA kali kedua dan keputusannya akan diperoleh
dalam masa terdekat," katanya.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, menjadi prosedur biasa bagi
polis menjalankan ujian susulan bagi mengenal pasti identiti mayat yang
tidak dikenali, terutama membabitkan kes jenayah, malah kes Nurin itu
bukan yang pertama.
"Pernah berlaku kes sama sebelum ini membabitkan penyanyi,
Along Spoon, yang mayatnya ditemui dalam guni di kawasan terpencil di
Negeri Sembilan. Ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Along Spoon,
tetapi keluarganya tidak dapat menerima hasil ujian itu," katanya.
Mengenai ketiadaan kesan suntikan (BCG) pada mayat
kanak-kanak itu hingga timbul dakwaan kemungkinan mangsa warga asing,
beliau berkata polis masih menunggu laporan lengkap perubatan dan
penjelasan doktor berhubung perkara itu."
Ditanya sama ada ibu bapa Nurin akan dipanggil untuk disoal
siasat, beliau berkata, tindakan itu bukan satu keperluan ketika ini,
namun mereka akan diminta menjelaskan sebab mayat kanak-kanak itu
dikatakan bukan anak mereka.
Difahamkan, bapa Nurin dipanggil ke Balai Polis Wangsa Maju,
kira-kira 4.30 petang untuk memberi keterangan berhubung keengganannya
menerima keputusan ujian DNA itu.
"Polis akan turut meneliti sama ada kes penemuan mayat
kanak-kanak ini dan kehilangan Nurin mempunyai kaitan dengan ‘Lelaki
Kucing’ yang terbabit dalam beberapa kes pencabulan kanak-kanak di
Kampung Baru sebelum ini," katanya.
KRONOLOGI:
- 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
- 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
- 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
- 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
- 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
- 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali
atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur
hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi
menyusun strategi mencarinya - 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
- 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
- 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
- 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
- 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan
belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang
menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin - 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
- 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
- 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
- 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam
beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan
kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal - 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
- 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Bernama
Pencemaran Di Sungai Kinabatangan Perlu Dihentikan
Oleh Haslin Gaffor
KINABATANGAN, 21 Sept (Bernama) — "Dengan rezeki daripada sungai
inilah, saya menyara hidup dan membesarkan anak-anak tetapi kini
semuanya telah berubah, hasil tangkapan udang dan ikan semakin
berkurangan," begitulah keluhan Singgong Musa, seorang nelayan yang
terjejas mata pencariannya akibat pencemaran di Sungai Kinabatangan.
Sungai Kinabatangan, sepanjang 560km, merupakan sungai kedua
terpanjang di Malaysia dan terpenting di Sabah kerana peranannya
sebagai kawasan tadahan air dan satu kaedah perhubungan penting bagi
penduduk di beberapa kampung di daerah Kinabatangan.
Sungai itu merupakan aset penting bagi aktiviti pelancongan, yang seterusnya menjana ekonomi penduduk setempat.
Namun kini, gara-gara mengejar keuntungan khazanah alam paling
berharga ini menjadi mangsa. Aktiviti perladangan kelapa sawit secara
besar-besaran di kedua-dua belah tebing menyumbangkan kepada angkara
ini.
MENJEJASKAN MATA PENCARIAN NELAYAN
Singgong, 70, penduduk di Kampung Sukau yang mencari rezeki di
sungai itu sejak zaman muda lagi merupakan antara mereka yang merasai
kesan pencemaran itu.
"Hasil tangkapan semakin berkurangan, kalau dulu kami mampu
menangkap 15 hingga 20 kg udang dan ikan sehari dan pendapatan
diperoleh lebih RM1,000 setiap bulan tetapi kini hasil tangkapan hanya
5 kg sahaja.
"Dengan hasil tangkapan itu, sudah tentu tidak cukup untuk
menampung kos membeli minyak enjin bot dan membaiki bubu yang rosak,"
kata Singgong dalam nada kecewa kepada Bernama.
Semua nelayan di Kampung Sukau mempraktikkan penggunaan bubu yang
diperbuat daripada dawai dan tidak lagi menggunakan bubu yang diperbuat
daripada buluh untuk mengurangkan aktiviti penebangan hutan di kampung
mereka.
Ini menunjukkan penduduk kampung ini sedar mengenai kepentingan
pemuliharaan hutan dan alam sekitar, tetapi tidak bagi pihak industri
perladangan kelapa sawit yang melupuskan sisa kilang ke Sungai
Kinabatangan.
AKTIVITI PERLADANGAN KELAPA SAWIT
Daerah Kinabatangan mewakili keluasan 660,500 hektar dan lebih
separuh daripadanya adalah ladang kelapa sawit iaitu seluas 345,000
hektar dengan hasil kira-kira RM2 bilion setahun.
Terdapat 32 kilang kelapa sawit beroperasi di daerah itu dan semua
kilang ini melupuskan sisa kilang ke Sungai Kinabatangan selepas
dirawat seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Malangnya ada antara kilang-kilang ini termasuk milik persendirian
yang merawat sisa kilang tetapi tidak mengikut piawaian yang
ditetapkan. Keadaan diburukkan lagi apabila ada syarikat perladangan
ini dan pemilik ladang persendirian yang menanam pokok kelapa sawit
terlalu dekat dengan tebing sungai tanpa mengendahkan peraturan yang
melarang perbuatan seperti itu di tanah rizab sungai.
Ini menyebabkan sisa baja kimia mengalir ke Sungai Kinabatangan ketika hujan dan banjir besar berlaku.
Pengurus Projek Koridor Kehidupan Kinabatangan WWF-Malaysia Darrel
Webber berkata terdapat 30 kilang kelapa sawit beroperasi di sekitar
kawasan tadahan di Kinabatangan yang mewakili 23 peratus daripada
kawasan tadahan air di Sabah serta menjadi pembekal utama air ke
Sandakan.
KUALITI AIR TERCEMAR
Beliau berkata operasi kilang-kilang ini mendatangkan kesan kepada
kualiti air di Sungai Kinabatangan dan ditambah pula pencemaran yang
disebabkan oleh baja kimia, racun serangga dan racun rumpai daripada
ladang kelapa sawit.
Ini bukan sahaja mendatangkan kesan kepada Sungai Kinabatangan
malah kepada laut kerana air sungai itu mengalir keluar ke Laut Sulu,
yang menempatkan Pusat Global Biodiversiti Marin dan kawasan Segi tiga
Terumbu Karang, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dianggarkan 237,728 tan baja kimia digunakan setiap
tahun di kawasan tanaman kelapa sawit seluas 190,000 hektar di
sepanjang sungai ini. "Tidak semua baja ini diserap oleh pokok kelapa
sawit. Bayangkan jika 10 peratus baja ini tidak diserap yang bermakna
23,773 tan sisa baja mengalir ke Sungai Kinabatangan setiap tahun,"
tambahnya.
Darrel berkata atas sebab itulah pihak peladang kelapa sawit perlu
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan berkaitan pelupusan sisa kilang
kelapa sawit dan tidak menanam pokok kelapa sawit hingga ke kawasan
rizab sungai.
Kenyataan Darrel dipersetujui Presiden Persatuan Perlindungan Alam
Sekitar Sabah Datuk Sue Jayasuria yang mahu pihak industri kelapa sawit
segera menghentikan perbuatan mencemarkan Sungai Kinabatangan.
Kesan pencemaran kini sudah menjejaskan kehidupan penduduk kampung
yang banyak bergantung kepada Sungai Kinabatangan dalam mencari rezeki,
sumber makanan dan dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian mereka.
Beliau juga mahu jabatan dan agensi penguat kuasa yang berkaitan
meningkatkan usaha untuk menangani pencemaran di sungai itu sebelum
masalah pencemaran bertambah teruk.
MENTERI TURUN PADANG
Dalam pada itu, pencemaran di Sungai Kinabatangan ini mendapat
perhatian Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk
Masidi Manjun yang turun padang untuk meninjau sendiri keadaan pada 27
dan 28 Ogos lepas.
Hasil lawatan itu, Masidi mengarahkan semua pemilik kilang kelapa
sawit di Kinabatangan segera mencari kaedah lain untuk menghentikan
pelupusan sisa kilang kelapa sawit di sungai.
Masidi berkata beliau faham pelaksanaan kaedah lain sebagai ganti
memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa, tetapi tetap mahu semua
kilang terbabit segera mengambil inisiatif melaksanakannya dan tidak
terlalu memikirkan keuntungan.
Masidi turut mengulangi ketegasan kerajaan negeri untuk menangani
isu pencemaran yang dilakukan oleh pengilang dan ladang kelapa sawit
terhadap Sungai Kinabatangan dan berjanji akan mengadakan lawatan
mengejut.
PUNCA PENCEMARAN LAIN
Dalam pada itu, pencemaran di Sungai Kinabatangan tidak hanya
disumbangkan oleh aktiviti perladangan, tindakan pengambilan pasir
secara haram juga menjejaskan ekosistem sungai ini.
Pada masa ini, masih berlaku kegiatan pengambilan pasir itu
dipercayai dilakukan di hulu Sungai Kinabatangan dan hanya disedari
apabila penduduk Kampung Sukau melihat sebuah tongkang mengangkut
muatan pasir melalui perkampungan mereka sejak beberapa bulan lepas.
Tahun lepas, kegiatan yang sama turut berlaku tetapi dihentikan
selepas kegiatan itu dibongkar oleh media dan mendapat perhatian
kerajaan negeri. Kegiatan pengambilan pasir di sungai itu mengganggu
ekosistem sungai Kinabatangan yang menyebabkan warna air semakin keruh
dan turut menyebabkan runtuhan tebing sungai yang merosakkan bubu
nelayan.
Biarpun begitu, penguatkuasaan oleh jabatan dan agensi yang
dipertanggungjawabkan perlu dipertingkatkan untuk menangani pencemaran
di sungai ini.
Masalah kekurangan kakitangan dan logistik sering menjadi alasan
dalam tugas penguatkuasaan, selain masalah peraturan yang tidak jelas
daripada segi peranan sesebuah agensi atau jabatan dalam
menguatkuasakan undang-undang.
Sudah sampai masanya penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan dalam
menangani isu pencemaran sebelum ekosistem Sungai Kinabatangan terjejas
teruk dan begitu juga kehidupan penduduk kampung yang tinggal di
sekitarnya.
— BERNAMA
Artikel Surat Khabar | Comment (0)*~ape yg lelaki suka kat pompuan? check it out~!~*
BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar
ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama
yang mencintainya.
… perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih
cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan
perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia
tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa
yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang
memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.
Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan
diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu
memuja anda suatu hari nanti.
Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul.
Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi
wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting
kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki
cepat muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.
> Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
> Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
> Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
> Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
> Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
>Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
> Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
> Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
> Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
> Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
> Jangan terlalu baik - Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
> Jangan perasan - Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
> Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
> Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
> Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
> Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
> Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
> Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
> Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
> Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.
> Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali
persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari
nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik
perhatiannya.
> Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
> Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
> Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
> Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
> Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Cinta-Cintun | Comment (0)
